Blog ni dah dimasukkan bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an, bagi mendengarnya sila off-kan tanda speaker kat gambar slide mea dan wish di atas...sentiasa off lagi bagus, papa nak ubah slide tu takde masa...tapi slide ni dah okay cuma masalahnya ia datang bersama dengan lagu hu3

Tuesday, November 10, 2009

PeNUnGGu seTiA


petang tadi papa kena jaga exam, dah minggu kedua dah student usm sedang tekun menjawab soalan-soalan exam yang dipelajari selama ni dalam dewan kuliah dan bilik tutorial..now time to elaborate and explain everything, kalau sebelum ni asyik kena suap jer, now depa plak menyuap...boringnya nak tunggu tiga jam, papa dan 2 geng lagi asyik sembang dan sembang, lepas satu citer ke satu citer yang lain, tengok-tengok..haiyya..baru sejam masa berlalu huhuu...

bila exam ni macam2 perangai student ada, ada yg sepatut bawa kalkulator..pi tinggal kat bilik, sib baik ada pelajar yg bawa 2 kalkulator, leh pinjam..kalau tak, ko congak sendiri! hihii...ada yang angkat tangan, pi..pi..ingatkan nak minta kertas tambahan, rupanya nak tanya jawapan...boleh gitu? mungkin ada lecturer yang suruh angkat tangan tanya kut hihii...so, nasib la kalau papa nak tolong or tak, tapi biasanya hati kesian ni sentiasa membantu...apa pun, kalau dapat surat jadi pengawas exam, mesti tak suka...sebab boringgg...pastu hanya dibekalkan air kotak jer, patutnya bagi la air teh tarik, goreng pisang panas, ais krim, mee udang, sate bla..bla..bla..baru best dan berebut-rebut orang nak jadi pengawas...kakitangan sokongan dapat gak elaun RM25 per-sesi jadi pembantu peperiksaan, we all ni??? tu laa..sape suruh wat soalan heheee...

Monday, November 9, 2009

GoTonG RoYoNg


dalam kefeningan mencari aset sendiri yang kekal dan terjamin, papa dan mea tidak lupa untuk mengemas laman depan-sisi rumah ni yang semakin semak..dengan anak pinang yang semakin merimbun, dedaun pisang yang dah tua dan kering, pokok bunga kertas yang dah membiak jadi ber-rim-rim dah sehingga senget pagar dibuatnya, serta pokok liar yang menjalar di atas pagar yang memburukkan suasana...maka petang ahad baru-baru ni, selepas jalan-jalan kat bukit jambul dan makan laksa di pantai sea-gate..dengan kekuatan daya yang ada, maka papa sambil ditemani mea mengamuk sakan sehingga jadi terang macam kat atas tuh...projek gotong-royong dua beranak, ibu tak leh join sebab kawal wish yang asyik nak keluar jugak jer..

selepas nim, sure we will missed semua ni sebab "mungkin" tapak baru we all (entah bila dan mana la agaknya) kut-kut takde tanah...kalau ada pun dalam pasu-pasu bunga...susah la nak dapatkan serai, daun pisang, daun kari, daun pandan, daun kemangin dan cili padi pasni...semuanya kena beli kut-kut, even nyiur muda kat sebelah rumah ni yang sedang elok untuk diminum airnya...hai lama dah tak wat projek minum air nyiur muda, leh kut untuk dilaksanakan esok lusa...

Sunday, November 8, 2009

DaH maSaNya..



habis bulan ni, maka genap 2 tahun la rasanya papa jadi penolong penggawa desasiswa aman damai, sekejap jer masa berlalu dan banyak jugak projek yang disertai..sampai ada yang tak menang tangan, ada yang ganggu time kerja dan tak kurang juga yang ganggu time tidur...rasanya dah sampai masa untuk papa fikirkan step seterusnya, takkan selama-lamanya nak bertapa di rumah usm ni..atau selama-lamanya berkecimpung dengan something yang tiada dalam kriteria menjadi "profesor" hehee...jadi, papa kena fikirkan suatu tempat yang selesa, milik sendiri, tiada sekatan untuk keluar research dan mempunyai masa kerja khusus tanpa ikatan "on call"...

lagi pula tak sampai 2 tahun lagi (2011) papa layak untuk cuti sabatikal, tahun depan dah boleh mohon untuk cuti 9 bulan..nak tak nak, untuk ke sabatikal hendaklah resign any post pentadbiran yang dipegang, so nak tak nak papa kena cari tempat untuk simpan alatan rumah ni yang semakin hari semakin bertambah...where to? entah la sabatikal nanti nak pergi mana, setakat ni 70% nak ke middle east, 60% nak ke west and 50% just stay kat malaysia...apa pun, papa kena fikirkan dari sekarang tempat bertapak seterusnya yang bebas daripada gangguan meeting pada malam hari, bebas daripada call kunci hilang, bebas daripada hujung minggu yang pack with programs...dan segalanya!


so, kena cari rumah...rumah sendiri yang sesuai untuk dikatakan tempat beristirahat dan cukup fasiliti untuk kami 4 beranak. Apa klasifikasi rumah kami akan datang sedang ditenung dan fikir...setakat ni rumah atas langit dah pernah tinggal, masih terkenang saat-saat berebut naik lif sambil tangan bimbit segala plastik tesco dsb..kalau nak balik kampung, 2-3 kali turun naik bawa barang ke kereta, dengan karenah jiran yang berkaraoke macam beruk mat yeh huhuuu....rumah atas tanah pun sedang tinggal, dengan porch dan garden yang bebas untuk basuh kereta dan tanam tanaman yang disukai, silap tak tutup langsir seisi rumah orang leh nampak...cuma rumah banglo dengan guard bersenapang M16 jer belum tinggal hihii...apakah? nak cari kat pulau ke kat seberang? apartmen ke teres ke banglo? nak cari kawasan melayu ke kawasan cina? nak rumah yang murah ke yang mahal? semua sedang menghantui benak papa kini...


apa yang penting, papa nak berhenti dah slow-slow bertugas kat desa ni, rancangannya sebelum sabatikal ni mai, i have to resign...rugi kalau tak pergi sabatikal sebab gaji dibayar penuh, dapat elaun sabatikal lagi, diberi tiket kalau ke oversea dan peluang ni akan lupus kalau tidak diambil, dah la tu..tak perlu mengajar for 9 months, plus cuti research 2 bulan dan cuti tahun 1 bulan = complete 1 year leh cuti keseluruhannya...walaupun cuti ni khusus untuk research namun berbaloi untuk menyiapkan seberapa banyak kajian yang tertunggak...justeru, persiapan kena buat dari sekarang supaya persediaan untuk cari/pindah rumah, mendapatkan lokasi idaman dan selamat dapat dicari dengan baik...dah masanya...

Monday, November 2, 2009

PaPa ke aBanG??


papa rasa nak gelak dan sesekali nak marah gak kat mea ni, bukan pasal dia silap pilih tempat untuk bersantai macam kat atas ni..tapi sebab silap call papa dua tiga hari ni, ada ker patut dia panggil 'papa' dengan 'abang'? ni semua gara-gara ikut ibu panggil...kalau dulu sedap gak telinga dengar papa...papa...now, ..."abangg...abangg..." ...haiyyaaaa... mea..mea... sabau jer!


adik wish gak okei, walaupun tak boleh meniru suara lagi...tapi wish dah pandai tiru menyembur air liur huhuuu...anak papa yang makin hensem, but bila menangis...habisss...hancuuq terbakaqq kata org penang!

Friday, October 30, 2009

HaPPy BiRthDay WisH


Today is the first birthday party for my son (complete 1 year),and this time papa seek something nicer but weird till mea menangis mula-mula tengok semua orang pakai mask ala robin but not batman hehee..wish sporting, ikut jer la orang nak pakai apa kat dia as long as matanya boleh tengok...so walaupun kalut ada bengkel kat vistana, namun sempat gak celah on the way balik belikan kek slices yang different rasa..wish pun makan kek!


aik, actually who's party is this? orang lain plak bergaya sakan...nak buat camner wish, masa papa budak-budak dulu..bukan saja tak celebrate menate birthday nim, kekadang lupa dan tak ambik kisah pun ada..budak-budak sekarang ermmm...kan main sambut, abang nuar mea sejak sehari sebelum dah call to wish something for wish, and semalam tepon semula wishing back on a real day for birthday...semangat tul abang nuar, thanx...sorry la entry kali ni berserabut dengan kalimah magris sebab papa sedang tulis paper untuk ke Bangkok Disember ni bawa ibu, mea dan wish sekali...jalan-jalan hujung tahun!

Monday, October 26, 2009

PaPa gi KursUS

Lama blog ni menyepi sebab papa kena gi Kursus Kepimpinan Pensyarah Muda anjuran Kem. Pengajian Tinggi dan Intan (Inst. Tadbiran Awam Negara) di Intan Sg. Petani sejak 21-26 oktober 2009. Walaupun nama 'pensyarah muda' tapi yang hadir ada yang dah berhidmat 10 tahun dan ada juga baru sebulan setengah dilantik, papa dah 3 tahun setengah..Huhuhuu...sedih nak tinggalkan mea, wish dan ibu 6 hari dan 5 malam tapi sudah diwajib-paksa, otherwise showcause letter to vc dengarnya huhuu...so, pergi jer laaa..ambil yang positif thinking and try to explore apa yang nak diberi...


ini kumpulan LDK papa kat sini..nama kumpulan kami "marjan" yang maksudnya permata/intan maklum la kursus kat sini [dari kanan duduk; Ust Shariman (UMK-Bahasa Arab), Dr. Abd Rashid (UTM-Kejuruteraan Elektrik), ZulHazrin (UM-Fizik), Faizal (UPNM-Kejuruteraan Mekanikal); berdiri dari kanan; Khamsi (UiTM-Ekonomi), Connie (UMK-B.Mandarin), Dr.Rohafiz (UUM-COB), Dr. Fatin (UTM-Pendidikan)]..kat sini walaupun papa nampak muda tapi papa paling tua dari segi umur...kumpulan kami juara game dalam LDK hehee...semua sporting, active and bijakk! antara pengisian ceramah ialah integriti, hubungan luar negara, kepimpinan, keselamatan negara dan protokol/istiadat..


ni semasa penutup semalam,semua happy sebab dah nak habis kursus..dah lama tinggalkan anak bini/laki masing-masing..papa pun rindu bangat doh kat wish, mea dan ibu, main tepon jer tak padan..aktiviti kembara pagi marin paling tough yang dibuat di Pengkalan Hulu..sejam lebih dari sini naik bas intan...kami dibawa jalan dalam gua itik dan gua gendang yang kedua-duanya gelap gelita sambil mengharungi air dari setakat merangkak hinggalah yang dalamnya hingga ke leher...haiyyaa, letih lesu badan dah ler kena paksa menyelam macam yang pernah papa buat kat student pimpin hihihii..now we all semua kena! lencunnn satu badannn...


Bersenam...jadi pembantu leader fren from sains sukan uitm duk depan, kami ikut jer hehee..



ativiti menaikkan bendera setinggi mungkin menggunakan sambungan paip dan sokongan tali dari segenap penjuru...we all berjaya 26 kaki jer! bimbang kut patah memandangkan tiang semakin tinggi semakin belok-belekor, maka we stop and nyanyi lagu negaraku! semua ni nak lahirkan semangat kerjasama antara kami, young lecturers although some of us not young anymore!

Monday, October 19, 2009

MenaNGis dan Tok SuNah


inilah dua orang anak papa, yang kedua-duanya kini makin ligat dan lasak, pasni leh la lumba kat luar rumah pulak...yang tak bestnyer, dua-dua ni koho lama koho makin suka menangis, menangis depa ni bukan menangis ala jalaluddin hassan yang just menitis air mata..tapi menangis depa ni sampai suara jadi serak2 basah! huhuhuu...malam tadi wish 3 kali bangun tidur menangis semacam jer, bagi susu tak mau, bagi nestum tak mau, bagi minyak urut tak mau, bagi penampau baru tau hihii...kalau macam ni, pasni kena quarantin la daripada balik kampung kejap, iya la kalau menangis lagu nim, takde ubat...malu la ibu dan papa dengan orang kampung...ada anak yang susah nak control! sebab tak leh cakap lagi...so, baik mea/wish cakap cepat kalau ada masalah apa-apa...kita diskas, ahaks!


semalam keluarga kami dikunjungi Tuk Su Nah mea/wish yang datang bersama 2 anak bujangnya [Gambar: wish rapat dan leh main-main dengan thaqif sambil diperhatikan oleh Tok SuNah yang terpaksa dicensoredkan gambarnya]...tidur semalaman di rumah mea/wish dan semasa di sini, Tuk Su Nah mengimbau era beliau ke Penang suatu waktu dulu, ketika zaman bekerja as protokol masterwoman di samping kes suami dan sorang anaknya yang pernah study di sini...di USM ini...hadirnya ke sini pun kerana anaknya ingin menyelesaikan sedikit 'masalah' dengan USM, so Tuk Su Nah tumpang untuk kenali rumah mea/wish...
Blog Widget by LinkWithin